Sunday, March 17, 2013

Lahat Datu : theory conspiracy dan cerita pelik di sebalik peristiwa pencerobohan.

  Terlalu banyak theori konspirasi sejak kebelakangan ini... terlalu banyak cerita pelik yang keluar.. kekadang sehinggakan sukar untuk di terima dek akal dan minda yang waras... Yang terpanas masa kini ialah kes Lahat Datu'.. Peristiwa pencerobohan ini telah mengorbankan banyak nyawa.. termasuk dari pasukan pertahanan kita.. 10 orang prajurit kita telah gugur semasa menentang penceroboh.

Antara theori dan cerita pelik yg dapat kita dengar atau baca dari media atau dari lawan web di internet,

1) Theori campur tangan Amerika Syarikat dalam sumbangan senjata berat kepada pihak sultanate of sulu (syaiton of sulu). Dikhabarkan kapal milik Amerika yang sarat dengan muatan senjata api telah terkandas di luar laluannya. dan teah dimusnahkan. Krewnya telah di bawa ke Jepun. Rancangan ini dikatakan untuk menempatkan tentera Amerika di sabah.

2) Theori penglibatan ketua pembangkang dalam hal ini. Media dari negara jiran telah mengeluarkan berita sensasi ini dan dikhabarkan telah disahkan oleh perisik negara tersebut. Sehinggakan didalam Wikileak pon ada mengenai hal ini. Saman telah pon dikeluarkan untuk media Malaysia oleh ketua pembangkang kerana menyiarkan berita ini.

3) Theori sandiwara oleh kerajaan pusat supaya dapat menangguhkan pilihan raya umum yang ke -13. Dikhabarkan kes Lahat Datu ini adalah rancangan dan sandiwara pihak kerajaan pusat supaya dapat menangguhkan PRU-13. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang dan masa untuk kerajaan menghadapi PRU-13 nanti.

4) Cerita yang mengkhabarkan tentang kehebatan penceroboh sulu, hingga boleh mengelak peluru, kebal, boleh ghaib dan sehingga boleh terbang laksana dalam cerita kungfu china.

5) Di ceritakan juga kehebatan pejuang kita yang mempunyai ilmu untuk menewaskan musuhnya yang kebal.

6) Berita tentang 10 ribu orang sulu dalam perjalanan ke sabah untuk menyertai perjuangan kaum mereka di sabah.

7) Duit syiling 50 sen telah di beri pada seorang kanak-kanak di depan "istana" syaiton of sulu. Cerita ini telah berlegar2 di dalam laman sosial Face Book. Dikhabarkan komando kita telah pergi kesana dah telah melepasi halangan keselamatan disana dan berjaya sehingga dapat menceroboh kawasan istana sulu. Duit syiling itu dikata sebgai simbolik komando kita dan juga amaran kepada kaum sulu.

8) Tangkal kebal, Al-quran kecil dan juga surah Yassin antara barang yg jumpai pada tubuh pengganas. Al-quran kecil dan surah Yassin dikatakan di ikat di celah kelangkang. Benda-benda ini dipercayai untuk menguasi ilmu pendinding sehingga mereka kebal. Tetapi barang-barang ini di ambil dari mayat-mayat penganas. Ini bermakna ilmu kebal mereka tak menjadi.

9) Para "keyboard warrior" telah mengambil bahan dari luar dan menyatakan ianya berlaku di Lahat Datu'. Pada mulanya hanya gambar mayat yang dilonggokkan dalam jeep. Ternyata ianya berlaku di Thailand berdasarkan unifom polis yang ada dalam gambar itu. disusuli pula gambar anggota polis membawa kepala mangsa. Ia juga berlaku di Thailand. Video pertempuran didalam hutan. Video yang bertarikh 2009 itu adalah video peperanganan kaum moro. Dan yang paling hebat dan mengerikan ialah video penyembelihan. Video ini mungkin berasal dari mexico dan dilakukan oleh kartel dadah.

Mungkin akan ada lagi theori konspirasi dan cerita pelik yang akan di dengar atau ceritakan walau pon peristiwa pencerobohan ini telah lama berlalu.. mungkin akan menjadi cerita dari generasi ke generasi...

No comments: