Saturday, January 11, 2014

ISU KALIMAH


Dah lama tak menulis dalam blog ni... selepas pilihanraya hari tu, rasa mcm xda isu yg perlu dibangkitkan sebab masing2 dah membuat keputusan dengan memilih dan mengundi...

tetapi sejak dua menjak ni terasa terpanggil untuk menulis balik...Isu ni memang panas... masing2 membuat hujan sendiri... Ustat songkom kata macam ni.. ustat kopiah kata macam ni... ustat politik kata macam ni... ada yang menyokong ada yg menentang.. ada yg tak tahu apa-apa pun....

tadi saya buka link kepada dua video dengan isu yang sama tapi dengan isi yang berbeza...

https://www.facebook.com/photo.php?v=621033917957721

https://www.facebook.com/photo.php?v=734156419930363

Yang pertama ada lah ustat yang telah berhijrah dari agama kristian kepada islam iaitu Ustaz Robby Zaid bin Tandang.. alhamdulillah... dah yg kedua, UAI dan TUN Mahathir.... Masing2 mempunyai pendapat yang tersendiri dan hujah yang tersendiri...

Ini pula pendapat saya yang cetek ilmu agama mengenai pendapat Ustat Robby Zaid Bin Tandang, Seperti yang beliau nyatakan dalam ucapan beliau adalah mengenai wujudnya masalah ini sejak 1974 lagi...

dan menyoalkan mana perginya org islam dan orang melayu pada masa itu.. pada pendapat saya.. pada masa itu orang-orang melayu masih lagi jahil.. pada masa itu org melayu masih lagi tak ambil kesah tentang akidah... pada masa itu helaian surat khabar masih lagi tempampang iklan-iklan arak.. pada masa itu penguatkuasaan pada semua ini tidak ada...

Bagi saya, jika orang yg terdahulu telah buat silap.. dan telah meluluskan penggunaan kalimah Allag S.W.T untuk bible bahasa melayu.. kenapa kita nak salah kan orang cuba untuk perbetulkan...kenapa kita masih nak teruskkan kesilapan yang telah ada? Mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna pakai untuk umat islam sahaja... tetapi mengapa mereka masih berdegil untuk menggunakan nya? apakah tujuan mereka untuk menggunakan kalimah suci ini? apakah motif dan agenda mereka? Kenapa kita masih bersetuju mereka untuk menggunakan kalimah ini?

jika suatu hari nnt ada yg menghina, mencaci dan memburuk-burukkan kalimah Allah, dan kita sebagai umat islam tidak dapat menghalangnya.. sebab apa? sebab mereka akan berkata.. "kami x hina Allah anda.. kami hina Allah kami...". Apa perasaan anda masa itu? Masih nak salah kan orang-orang yang terdahulu atau orang yang masih membiarkan masalah ini berlarutan dan membiarkan mereka menggunakan kalimah tersebut?

Jika suatu hari nanti, anda terbaca dlam facebook anak anda petikan kata kata yg mengandungi kalimah Allah walhal petikan itu diambil dari bible.. itu pon kalau anda tahu.. jika anda pon terkeliru bagai mana?kerana kekeliruan yang ada ini akan ramai yang makin sesat..

Apa akan jadi jika anak anda suatu hari nanti bertanya pada anda.. "Allah ada anak ya ayah?.." apa perasaan anda?

Pada zaman 1968, tiada maklumat dihujung jari... tiada teknolgi secanggih internet.. apakah anda akan menjadi bodoh juga seperti orang yang meluluskannya pada tahun 1968?

Isu ini telah banyak melibatkan politik... jika parti ni menyokong.. parti itu akan menentang... jika parti tu menentang.. parti lain akan mempertahankan... masing-masing ada kepentingan sendiri...

ada banyak yang hendak diperkatakan.. banyak lagi yang hendak ditulis.. tapi disebabkan saya ni tak berapa pandai.. cukup la setakat ini buat renungan anda....

the end..........




No comments: